Profile
Memiliki minat yang mendalam dalam bidang muzik sejak dari kecil, nama Hadi Rumnan tidaklah terlalu asing dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia. Berjaya mencipta beberapa nama hebat dibawah bantuannya sehingga kini nama Hadi terus menjadi pilihan beberapa penyanyi terkenal.
Menjengah sisi awal Hadi, dia merupakan seorang graduan dalam bidang muzik. Tidak sekadar mempunyai kepakaran dalam mencipta lagu, Hadi juga turut dikenali sebagai salah seorang penggubah muzik.
Dianugerahkan kehebatan dalam bermain pelbagai alat muzik, dia yang memiliki Diploma dalam moden dan klasik muzik dari ASKI / STSI Padang Panjang Indonesia memulakan langkah pada tahun 2005.
Menjadi pelopor dalam menubuhkan kumpulan Indie Mice, kumpulan ini yang mempunyai dua album pada mulanya bergerak tanpa syarikat pengurusan sebelum di lamar NSR Music pada album kedua. Walaupun buah tangan Hadi ini kurang menjadi pada mulanya tetapi kelebihan yang ada pada muzik kumpulan ini tetap diterima dengan baik oleh pendengar muzik radio tempatan.
Mempunyai misi yang cukup jelas dalam mencari kelainan dalam setiap penyanyi, Hadi melihat variasi tidak sekadar perlu wujud dalam muzik sahaja tetapi penyanyi.
Muncul dengan konsep yang cukup berbeza dengan Encik Mimpi, walaupun pada mulanya peminat agak keliru dengan kelainan yang dibawa penyanyi ini namun dalam tempoh beberapa bulan sahaja nama Encik Mimpi mula meniti di bibir peminat.
Malah dalam waktu yang singkat Hadi juga berjaya menubuhkan Encik Mimpi Productions yang ketika itu nama Encik Mimpi turut tular di seluruh Malaysia. Melihat kejayaan ini, Hadi juga turut membawa jenama Encik Mimpi ke negara seberang. Tidak dinafikan kejayaan di Malaysia turut melarat ke Indonesia apabila Encik Mimpi turut berjaya menerbitkan sebuah single di sana.
Melihat kejayaan demi kejayaan yang muncul, ramai pihak mula mengakui kemampuan Hadi dalam menguruskan perniagaan dalam bidang ini. Diberi kepercayaan untuk meneraju syarikat rakaman tempatan MVM Production Sdn Bhd dalam masa yang sama juga Hadi turut mencari peluang di Indonesia dengan menubuhkah syarikat rakaman PT Studio Lima Tujuh.
Hampir 15 tahun berada dalam bidang ini nama Hadi kini bukan sahaja dikenali penggiat muzik tempatan tetapi juga luar negara. Sehingga Hadi merupakan nama di sebalik kejayaan Khalifah Band di AJL 2016, Ezad Lazim, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
Malah antara kejayaan antarabangsanya juga adalah membawa penyanyi terkenal Indonesia yang turut tular di Malaysia, Upiak Isil ke Thailand.
Masih bergelar seorang penerbit, bakatnya kini terus dilebarkan dan di percaya untuk meneraju sebuah syarikat baru yang bernama DATU Entertaiment Sdn Bhd di Malaysia dan juga PT DATU RAJA Musik Sinema di Jakarta Indonesia bersama dua orang adik angkatnya YM Raja Amin & YM Raja Ridzuan.
Melihat potensi besar dalam bidang ini untuk terus menghasilkan anak seni dengan kelebihan yang berbeza, Hadi kini turut mengalu alukan mereka di luar untuk terus mencuba. Malah dia juga yakin apa yang perlu ada dalam setiap penyanyi bukan sahaja bakat tetapi keberanian untuk mencari kelainan.
Tidak mahu pengalaman belasan tahun ini dipersiakan, ketika ini Hadi juga mempelawa mereka di luar sana untuk bekerjasama dalam terus mewarnakan industri muzik. Bukan sahaja memberikan bantuan dalam segi pernerbitan, Hadi juga turut menawarkan khidmat konsultan untuk penyanyi di luar sana.